Tak datang sekolah, harini balik kampung, dan selamat menyambut hari kemerdekaan. Fuhhh panjang pulak tajuk post harini.


Assalamualaikum.

Gambar atas tuh fiezah, ade percaya tak? tak percaya? sikit pon takde ke? Ok takper. Hhuhu baru nak berangan. Korang ni kan. Hahaha xD Over pulak daaa -..- Hari 31 Ogos 2012, hari kita merdekaaa! Saya anak malaysia, saya anak malaysiaaaa.. *nyanyi skejap* >_< Semalam ingat2 nak tidur 12 lebih sebab nak dengar bunga api tapi last-last tertidor pulak.. Tak dapat den nak dengar huhu. Apeape pon selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke55 yee :) Ape slogan kemerdekaan tahun nih ek? Fiezah lupaa lah -..- Ok takper2 nanti fiezah search kat goooogle. hehe. Fiezah tak sekolah dah dua hari dah sebab tak berapa sihat lah bukannye sengaja ye. Mase tak pergi sekolah, tak sangke ade orang yang rindu kat kita nih. Terharu rasanya :') Hari ni alhamdulillah dah pulih sikit, sebab tuh dapat update blog nih, muehehe xD Sekerang pukul 1, sepatutnye kene kemas baju nih sebab nak balik KAMPUNG!! dah lame tak balik sane, rindu pulak lahaiii. Mase raya x balik sebab keluarga fiezah raya kat sini2 jeee. Kat sane mesti dah tak ramai manusia sebab semua dah balik rumah masing masing. Tapi okey jugak sebab dapat rasa macam rumah sendiri.. haha. Err okaylah, my mom, my dad n my sister dah marah sebab tak masuk kan baju dalam beg lagi nih. haha. And anyway, xde benda nak cakap hari ni. Apeape selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 and have a nice day yaaaa! :) Assalamualaikum.

Salam Merdeka Dari Saya!


Hai kawan kawan, saya ipin dan ini adik saya upin! Betul betul betul! Hari jumaat nanti tak silap kiteorang akan cuti. Ahh bestnyee tak terkata :D Hehehe. Fiezah nak ceritakan sedikit tentang kemerdekaan kita nih. Fiezah ingat sikit sikit saja, harap korang bangge lah ye dengan ape yang fiezah ingin katakan nih? :D

PADA 31 Ogos 1957: Laungan Merdeka! Merdeka! berkumandang di Stadium Merdeka,  yang dilafazkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan semua raja-raja Melayu, wakil kerajaan British, wakil negara asing dan rakyat yang memenuhi stadium itu. Kemerdekaan itu amat manis dirasakan kerana kita mendapat kemerdekaan secara rundingan dan diplomasi, tanpa peperangan dan pertumpahan darah. Banyak negara lain terpaksa merdeka dengan jalan peperangan hingga bertahun-tahun. Kita merdeka secara aman! Selepas merdeka, kerajaan berjaya melaksanakan pelbagai langkah kemajuan ekonomi dan sosial. Kita berjaya meninggalkan jauh negara-negara yang merdeka pada tahun 1950-an itu. Kebijaksanaan pemimpin negara silih berganti telah mencorakkan kemajuan pesat kita dalam pelbagai bidang. Keupayaan kita mengekalkan keamanan walaupun mempunyai penduduk berbilang kaum perlu kita banggakan. Masyarakat majmuk yang kita miliki dapat mengekalkan keharmonian dan toleransi hingga ke hari ini. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan kedamaian dan kestabilan negara, bersama-samalah kita membina Malaysia di bawah slogan 1Malaysia seperti yang  disaran oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak. Jadikan tarikh keramat 31 Ogos ini untuk kita jayakan agenda negara ke arah masa depan negara yang  cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhir kata, Salam Merdeka untuk semua. Kibarkan Jalur Gemilang anda sekarang! :D Assalamualaikum.

Besok sekolah dan raya tak seronok tahun nih!


Pejam celik pejam celik, esok dah nak sekolah dah :c Tak puas lah cuti! Nak cuti lagi sebulan boleh tak? Huhuhu. Tengah serius nih, takde main main :c Nak cuti lagi sebulaaannn!!!! Kerja sekolah nasib baik sikit je yang ade, nasib tak banyak. Kalau banyak .... alamatnya tak sekolahlah aku besok muehehehe. Memang dari awal lagi aku taknak pergi sekolah besok! Anyway, fiezah tak puas CUTI bukannya tak puas BERAYA. Raya tahun ni tak best sangatlah. Seriusly fiezah cakap, memang tak best! Mungkin sebab pertama tak balik kampung beraya kat serdang JEWRKKK. Then maybe sebab tak dapat nak beraya sama sam gan kawannnnnnnnn :c Bukan mybe lagi but betol betol. Time tuh hari sabtu, fiezah ade open house kat rumah along, then terpakse pilih antara rumah along atau beraya dengan kawan kawan. Fiezah pilih berya rumah along sebab entahlah. Hmmmm. Tapiiiii fiezah tak rugi ikut mak ngan ayah sebab selepas beraya kiteorang pergii tengok wayang sam sama ! Best gileeeee. Wohoooo XD Sebenarnya ade dua cerita fezah nak kongi kat korang. First Pasal fiezah taknak sekolah besok! Then second beraya tahun nih tak best gileee! Malaslah nak sekolah besok. Dah lah tak gosok baju lagi nasib baik lah kasut dah dibasuh. Dulu memang fiezah seronok, semangat sangat nak pergi sekolah tapi sekarang moood nak belajar tuh hilang. Dan mulai sekarang fiezah taknak bercinta dengan sesapa pon. Fiezah ade prinsip, "fiezah akan bercinta selepas habis belajar" Bercinta tuh kekadang menyakitkan hati tapi ade juga bercinta itu sangat seronok sebab mereka saling sayang menyanyangi :') Fiezah dengan die dah takde pape dah :') Perasaan dalam hati nih dah tertutup untuk die. Fiezah jugak bersalah sebab percaya dengan die macam tuh jee. Rupenyeee perangai die memang macam ni kan? Hmmm forgot it! Fiezah nak tenang je harini. takank fikir pape dahh. Ok! kite ke raya pulak....... hahahaha.Okey seperti biase yang fiezah cakap, raya tahun nih memang tak best bagi fiezah, bagi korang mesti seronok kan? dapat bergambar dengan family then bla bla blaaa.. hhhehee. Tapi ade jugak yang best. Bestnye sebab fiezah dapat duit rayaaaaaaaaa!! Hahaha tu je kan yang seronoknye? keheheeh. Baju raya fiezah warna unguuu. Fiezah nak sama dengan seseorang. But not my boyfriend. He my best friend ;') Sebenarnye dah malam. Masa untuk fiezah tidur. Besok sekolah kan......... Huhuhu. Okeylah, kalau panjang umur, kite berjumpa lagi :) Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Semua.


Hye korangg :D Lama tak update blog nih xD *ceh lama lah sangat T_T sebenarnya malas lah nak update blog sekarang, takde idea kat kepalaaa ni haaaa. Tapi harini ade sikit jee ideaa nak cerita kat korang. Sekarang ni cuti sekolah dah bermula. Haihhh bosan kut kalau cuti lama nih, takde kawan kat rumah. Fiezah boleh duduk mengadap laptop nih je laaaaa T_T Tapi takpeeee, my love sister balik malam nih. Ahhh seronoknyaaaaa :D Anyway, dah nak abes puasa dah :D korang gembira ke sedih? Fikirlah sendiri yeeee xD Kalau fiezah rasa setengah setengah jee :) Haaa dah nak raya dah pon kan? korang dah buat persiapan belum? Buatlah awal awal yee, nanti takde lah tergopah gopah nanti. Jangan jadi macam keluarga fiezah nih haaa :') baju raya dah beli ke belum? Mesti dah kan? Alaaa tahu sangat korang nih. Setiap tahuun mesti nak baju raya :P Hehhee same lah kite :3 baju raya korang warna ape ? Baju raya fiezah warna unguuu :D Sape warna ungu sep sikit *yeaaahhh :D Lapar laaa xD sabr sabr, tinggal berape hari jee lagi nih. Seriusly takde semangat nak raya tahun nih. Tak ttahu lah kenapaaa :/ dan takde mood ah nak update blog nih. Hmmm kawan semua gembira je kat skolah. Sebok cerita pasal nih laa, ni laa bagai. Fiezah just senyum je tengok kerenah dorang :'/ But fiezah try tok gembiraa :') And now fiezah dah happy sikit bila cerita pasal raya. Lagu raya pon fiezah turut nyanyi sekali :D Best laaaaaa! Tak sabar pulak nak raya :D Nak raya sama kawan, kakak kesayangan fiezah, keluarga fiezah dan juga sanak saudara fiezah. Wohhooooo! Hahaa ape ape pon Fiezah ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :') fiezah mintak maaf jikalau ada buat salah ke ape ke. Tersalah bahasa yang buatkan korang tersinggung, maaf sangat sangat. Anggaplah ia tak pernah berlaku :) Jangan berdendam pulak kat fiezah ni. hehe :D Pendek saja kata kata fiezah harini. Maybe next week panjang panjang panjang, sampa korang pon dah taknak bacaaa xD okeylah, kirim slam kat mak dan ayah korang nanti. Assalamualaikum.

This Time Is Make Me Cannot Sleep.


No caption about this picture. Hehehe selalunye ade caption, bukan main panjang lagi caption yang aku buat >< Yelah, orang yang pandai BM kan *amin* Anyway, tak tahu aa sebenarnya nak update ape nih. Tadi punyalah beria nak cakap ni lah, ni lah tapi sekrang sudah lupa maaaa -_-" Ni disebabkan aku nak cari gambar yang sesuai lah nih. Hadooiii gambar puncaaaaa ! Hahaha k forget it. Jap, tengah fikir nak update pasal ape. *1 jam kemudian* Haaaaa! Okey2 aku mulakan cerita okey? Dengar tawww ! Harini hari sabtu, 11 haribulan 8 tahun 2012. Harini hari yang paling paling paing lambat akuu tidor! Tengoklah, sekarang pon dah pukul 3.30 pagi! OMGuccciiiii -_-" Susahlah nak tidor, mata tak boley nak lelap. Maybe aku dah tidor lame kot petang tadi. Erm yelahkan, penat balik dari tadarus perdana kat sekolah. Fuuhhh fuuhhhh mata aku mesti lebam besok, gerenti punyalaaaaa. Dah pernah terjadi kat aku. Hahaa tak apala, aku bukannya jaga muka sangat ~( '_'~) Hihihihi. Eh yekeee kak? Ahhh, apeape jelaaa :P Di malam yang sunyi nih, aku tak kesunyian pon >< adalah sesuatu yang temankan aku. Movie koreaaaa! Aku tengok kat website maaduu. *eh korang fikir lain eh? Jangan fikir bende yang mengarut k....... Jangan buatkan bulu roma aku naik -_-" k sambung cerita, kat website nih banyak betol movie korea yang best best. Salah satunya, boys over flower, dream high 2, lagi lagi haaaa korang tengok lah sendiri :P Aku tengok dream high 2, woooo best wooooo cite die. Pelakon lelaki die dah lah hensem, comel, tinggi pulak tuh, ada ciri ciri suami aku nih >< *angan angan jelaaaa* pelokan wanita diee...... Errr fikir lah sendiri xD malas dah nak citeee. Okey, cerite nih best, ade part tuh sedih, gembire, lawak n macam macam lagi lah. Tapi bile part sedih, mmg aku nangis gila gilaa ahh. Sekotak tisu tak cukup untuk aku la air mata yang menitis di pipi ku ini taw. Lap sini, lap sana, llap hingus, korek hidung, ambek taik die then makan -_- eeii pengotor lah kawwww. Huhuhu sedih koottt. Nangis gila gila. Biasalah cerite korea lah katakan >< Belom tegok sampai habis, baru episod 5 kau rase. Nak habiskan, then tengok cite lain pulak. Nak habiskan kotak tisu yang kedua pulak >< Hehehe. Habislah stok hari taya nanti takdaaa tisu -_-" Hahaa wat lek, wat peace :D Sape tengok kat sini? Sape yang tengok tuh, kiteee geng. *sep sikitt* Yeaaahhhh! Eh cukuplaaa sampai sini jee. Aku nak sambung tengok cerita tuh. And sekarang dah pukul 4.00 pagi???? OMGeeeee!!! Sahur laaa choooii. EH tak sahur aku pukul 5.30 pon boley ~ Kehkehkeh xD Wuuuu~ panjangkan? Hehehe okelaaa sampai di sini jee saya cerita. Mata dah ngantok. huhuh but aku taknak tidor, nak tengok cerite korea. bhahahha. oke Assalamualaikum .

Twitter And I Are Together Gether


Hey, look at my photo. Hmm kite tahu muka kite buruk. Abaikan muka kite tuh. Taknak cerita pon pasal gamabr tuh. Hehehe. Nih twitcon twitter kitaaaa ^^ hehe suka jee kitaaa xD *okey over* -..- Twitter fiezah join mase bulan 5 kalau tak silap. Hm maybe mase hari jadi fiezah 11/5 :) Hohoho boleh jadi sebagai sejarah jugak kaann? xD Mula following yang banyak, followers sikit jeee. Lepastuh dah lame, lame, lame, sampai sekarang dah jadi banyak. hehe tapi bagi orang yang HOT di twitter bagi die tak banyak ah, bagi die sikit jee tuh. Twitter nih lagi seronok lah dari facebook sebab die boleh tweets apeape pon, boleh banyak2 kali pulak tuh. Yang jadi bestnye kalau selalu kene twitlimit. Hehehe fiezah pernah kene twitlimit dengan hirzan, nana, hayatun, aishah, ade abang tuh, kakak tuh. haaaa banyaklah. Tapi takdelah banyak sangat. Fiezah ni pon bukannye HOT manepon. Hehehe ^^ Ade lagi taw, fiezah dapat tahu cerita orang lain, banyak betol fiezah dapat tahu tentang dorang. Then boleh jugak gossip2 nihh xD Mase feizah baru buat, ramailah kawan fiezah yang kate fiezah nih dah maju. Hahaha tak maju mane pon. Just bosan soo apeape pon boleh buat :) RETWEET? Tak selalu kene pon. kalau kene pon just paling mininum yang fiezah pernah dapat hampir berbelas2 laaaa. hehe. KAN FIEZAH DAH KATA, FIEZAH TAK HOT MANE PONNN -...- Twitter nih fiezah selalu je on, kalau on facebook mesti ade twitter. Banyak pulak bilangan patah perkataan nnih xD Semuanye pasal twitter jeee.. Hahaha macam korang tak tahu pulak twitter tuh ape. Korang mestilah tahukan? Hehehe Haaa nak cakap nih, sape yang takde twitter lagi tuh, buat laaa best taw. LAGI SATU! FOLLOW LAH TWITTER FIEZAH ^^ insyaAllah nanti fiezah follow korang baik :) Okeylaaa Assalamualaikum.

My Love Sister


Hey3, tengoklah gambar atas nih. Tudung oren tuh sayaa and tudung biru tuh kakak saya ^^ Sorry saya posing MENGGEDIK. Ngeeeee~ Automatik kot posing camtuh :3 Ingat lagi taw padahal pic nih dah lame kalau tak silap, mase fiezah tahun 6 kot. Haaa lame jugak tuh kan? :p Sebenarnye tak tahu nak update post ape harini sebab takde cerita yang best. Then teringatlah kakak fiezah nih. Then update pasal die. Then inilah pasal die. Eh prasan tak fiezah asek sebok then je? Hewhewhew :3 Fiezah tulis biodata die di sini yaaaa ^^

  • NAMA : Badariah binti Suhaimi
  • UMUR : 19 Tahun . Haaa yang tetibe terpikat ngan kakak fiezah nih jangan sesekali ngorat die eaa :p 
  • STATUS : Heheheheheheh IN A RELATIONSHIP wooo ~ Pakwe dia hensem gileee tapi tak rapat sangat ngan pakwe die just rapat kat facebook je. But dia seorang yang baiklah bagi fiezah. Tapi fiezah lagi suke pakwe kakak fiezah yang DULU :3 Jap nih haaa gamabr pakwe die, hensem kann? 

Hahaha hensemkan? sebab tulaaa kakak fiezah terpikat. Kepada gadis2 yang cantik2 kat luar sane jangan jeles yaaaa xD Eh lupe nak cakap, tengok gambar tuh, macam model right? Hhihi die pernah jadi modellll :p

  • STUDY : Dia belajar dekat.. Alaaa lupelaaaa.. Haaaa die belajar kat IKM Kedah. Baru teringat, hehe. tahukan kat mane? Kalau tak tahu tuh buat2 lah tahu eaaaa x)
  • HOBI : Dia fiezah rasa suka melukis kot. Tak pon suka buat design apeape jelaaa. Lupeee -..-
  • CITA-CITA : Dia teringin nak jadi DESIGNERS. Yang IKM tuh pon maybe die ambek bahagin nih kot. Eh entahlaaaa. 
Okey fiezah rindu die sangat2. Die sekarang ade dekat IKM. 16 haribulan nih die kate nak balik sini. Alangkah indahnya dunia nih. Hahaha. Tak sabar nak tunggu die balik, tak sabar nak tengok berubahan die, tak sabar jugak nak beraya same-same dengan die :) Nak tahu tak, dia nih lah kakak yang paling fiezah rapat kot. SAYANG KAKTEH <3 Yang lain bukan tak rapat, bukan tak sayang, tapi cume entahlaaaa, rase macam gitu-gitu jeee. Hehehe. Okeylah sampai di sini sahaja :) Assalamualaikum.

Kejam! Gambar Bayi Dipanggang Dan Dibakar

Zaman Jahiliyah dahulu, orang Arab bunuh bayi perempuan hidup2 bukan kerana mereka malu atau tidak sayang tetapi mereka tidak sanggup melihat anak perempuan mereka dirogol depan mata mereka apabila besar nanti. Jadi, demi maruah anak dara mereka tercalar biar mati dari kecil.


Sebaliknya zaman moden yang konon bertamadun hari ini, tanpa buang bayi tidak kira lelaki perempuan tanpa belas, rasa sayang dek kerana berzina dan lahir anak hasil perhubungan yang haram. Inilah malang yang menimpa si kecil yang tidak berdosa sama sekali ini.


Si bayi kecil inilah antara golongan yang dijamin Allah SWT ahli syurga dan pemberi Syafaat. Adakah kita akan diberi syafaat mereka jika kita yang bunuh mereka? Kembalilah kepada ajaran Islam, jauhilah budaya cinta tanpa batas agama, jauhilah mendedah aurat di khalayak dan jauhilah pergaulan bebas yang akhirnya akan menarik manusia ke dalam lembah perzinaan.

Marilah kita semua Berusaha menegakkan Syariat Islam agar segala kerumitan jenayah yang kian merbahaya ini dapat dibendung dengan keadilan Islam. Wallahualam.
Hmm takde hati perut betullah korang nih . Bayi tuh tak berdosa pon . Kenapalah korang kejam sangat nak buang bayi nih ? Kalau taknak bayi nih pergilah bawak die kat rumah anak yatim ke , ape ke , nih buang , bakar . Lebih baik kasi aku , kakak aku suke bayi . Hmm . Tak kesian ke tengok die yang masih kecik tak dapat nak tengok dunia nih korang dah seksa dorang camtuh , tak kesian ke ? Sape suruh korang buat maksiat ? Kalau dari dulu korang taknak bayi , janganlah buat maksiat . Kalau nak buat maksiat , kau pergilah kahwin cepat sane *kahkah* Elok lagi kalau korang kahwin cepat , nanti terhindar daripada maksiat , haaaa ! Sampai sini je laaa aku berceramah . Hahaha . Tak gune kalau ceramah panjang2 tapi orang kat luar masih lagi tak insaf . Bagai mencurah air ke daun keladi . Fikir2lah dan renungkan lah . Assalamualaikum .

Chong Wei: 'Tiada Siapa Tahu Penderitaan Lawan Lin Dan


“SAYA minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua,” kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.
Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata, tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.
“Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih,” katanya.
Beliau berkata, dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.
“Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.
“Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A,” katanya.
Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.
Mengenai perlawanan menentang Lin Dan hari ini, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.
“Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya.
Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya,” kata Chong Wei.
Beliau berkata, Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.
“Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti ‘hampir mencapai puncak Everest’.
“Dia bermain amat baik dan telah mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik,” katanya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata, kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.
“Chong Wei telah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik,” katanya. 
Walau apeape pon DLCW kami tetap bangga dengan anda sebab telah menaik nama negara kite :) I'm proud with you :) Jangan putus asa DLCW ! Aku pun turut menangis melihat kau menitiskan air mata :')  Huhuhu  . DLCW I LOVE YOU !! Dont give up , teruskan usaha anda okay? :)
 SUMBER

Lukisan for PBS 2012 ^^


Hey3, cantik tak lukisan tuh? cantik tak? cantik tak? Haaa tak cantik? Hmmm k kejamnyee korang :( Penat je aku buat bende ni. Hmm. Yang kata cantik tuh, thanks a lot :) Eh cantik yang mane ni? Orang tu ke atau lukisan tuh? HAHA k perasan pulak aku nih -..- xD Of course lah korang kate yang lukisan tuhh kan? Tahu dahh ^^ hehe

Sebenarnye, lukisan ni bukan saje2 je nak buat. Heh aku takkan buat suatu keje saje2 okey, mesti ade sebab. Lukisan ni for my PBS seni. Sekarang ni kiteorang dah takde periksa, kiteorang just ade PBS jee. PBS ni pon kene buat betol2 taw sebab markah ni die akan ambil sampai form 3 nanti. Soo aku buat la betol2. Sebenarnye nak buat secantik, cantik, cantik, cantik yang boleh tapi takdoo ideaa lorh. Ni je yang ade kat dalam kepala aku ni. Tapi bile habis buat bende ni tetibe pulak idea datang melambak -..- Sengal jee. Anyway, aku bukan buat sorang2, aku telah ditolong oleh my sister yang cantik, comel, baik, kreatif lagi pandai *jgn puji byk2, nanti kembang* xD Terima kasih lah to my sister yaaa! Semoga jasamu di balas juaaa! Muaahh :* Ade banyak lagi kerje PBS yang aku kene buat nanti. Buat mase sekarang buatlah yang senang dulukan. hehe. Nak hantar hari Selase minggu depan. Harap2 sempat aku siapkan. Hey korang, doakan aku taw supaya dapat BAND 6 dalam semua mata pelajaran :) thankss :) Korang mesti tak tahukan ape tuh PBS? Nanti2 je laaa aku bagitahu yee. Sekarang ni pon dah malam, i want to sleep. Esok cuti sekolah sebab ade NUZUK AL-QURAN <3 Berbuatlah banyak ibadah kay? :> Assalamualaikum

Hooiii Galaxy Note Hooiii.


Hellooo guys, lambai tangan kat kucing yang tak comel ni >< Okey, semua sombonng :( K takper, tacing 1 tahun :/ .............. Satu tahun kemudian , okeylah aku maafkan korang. haha syok sendirilah aku ni xD Biaselah orang yang forever alone kat rumah ni kan :( Hoiii takdoo sape yang nak temankan aku ke? K kejamnyeeee. U are noottt aloneeee. lalalallala ~ huhuhuhahahhaahihihihahahhahaha xDD

Hmmmmm harini aku nak kongsikan cerite aku. hehe biaselah setiap hari mesti ade ceritekan. muehehehe :3 Akak aku balik semalam, dengan membawa hadiah pakwe die yang tak hensem tuuu bagii -..- xD Geram ngan die tahu tak? Dah lah suke hack fb orang. Abes aku yang maluu taw x( Tapiii kite dah suruh die bertaubat supaya tak kacau fb akuuu lagiii *ceehh bertaubat* xD Then nak tahu tak ape yang die bawak selain hadiah? Nak tahu tak? Sape yang nak tahu, sila kembangkan hidung andaaa x) *buat cepat, buattt* Hahaha. Eh sape yang buat je ek boleh tahu :p Die bawakk GALAXY NOTE. Hm jelesss akuuu. Asal asek aku je tak dapat ape yang akuu nak? Hmmmmm :/ Galaxy ni mmg die nak beli dari duluu lagi. So die kumpulkan duit yang banyak banyak banyak dan akhirnye die dapat jugak beli ape yang die ingin. Pastu kedekut seh die, aku nak pegang, nak tengok pon ttak boleh. die kate nanti pakwe die marah. Ape kene mengena aku, galaxy, ngan pakwe die??? Geram betollah aku. Die ambek laptop aku sesuke hati boleh pulak -..- Nsib baiklah kau ade adik yang baik macam aku ni haaaa *baik sangatkan* xD Alangkah indahnye kalau dapat beli IPHONE *lalat masuk hidung* shuuu3 *halauu* *gorek hidung* *bersin* *lega* . Haisshh aku nak berangan pon susah -..- x) Hmmm okeylah panjang betolkan cerite aku ni? thanks a lot sape yang bace sampai habis :) Cerite ni di singkatkan sebenarnye. Okeylah senyum selalu walaupun anda FOREVER ALONE -..- Assalamualaikum.

Hoi, Bosan Teramat Hoi!

 What can i do in the house now? hmm just termenung dengan rambut yg kusut, tengok tv, online. hmm soo bored now. Kan best dapat keluar jalan2 :/

Hi Assalamualaikum, hari ni hari yang sungguh membosankan! bosan, bosan and bosan! Okey, tak sebosan camni kay. Ni bosan yang teramat sangat, sanagt, sangat! Hanya ditemani tv, lagu, laptop. Nak hang out ngan kawan tapi tu laaa, takde rancangan :/ Kalau rancang pon, macam mak aku kasi. Alangkah indahnya kalau dapat keluar mase hari minggu ni. Kalau balik kampung, syok lah sikit. Ade jugak yang boleh aku kongsi cerite :( Tak sabar nak rayaaaa!! *tetibe je masuk raye* Hmm, kalau korang sume nak tahu aku tinggal sorang je taw kat rumah. Mak je ade tapi mak sebok nak buat keje rumah :( Untunglah akak2 aku tu, dapat keluar senang2. Bukan nak ajak aku sekali. K sampai hatiii :( Dorang apelagi kan, keluar ngan pakwe2 dorang lah. Aku boleh jee, tapi masih muda tak elok. *bak kata mak aku* Yang sorang nak beli barang tok kahwin nanti. Yang lagi sorang tuh, hari ni birthday die lah katekan.. So pakwe die ngade2 sangat nak sambut! Bulan puase pon nak sambut ke haah?! K jeles yang teramatt!! Untungla dorang dapat keluar. Aku katt rumah ade ape je. hmmm. Takper2, tgk lah aku dewasa nanti. Hang out puas2 :P Okey lah, samapi sini je cerite yang aku ingin kongsikan. Assalamualaikum.

Apa Harus Aku Lakukan?! Hmmm


OhmyGoshhhh!!! Korang tgk gamabr tuu, die tujukan kat aku lah. Ahhh *pengsan* Love u Harry more, more n more x)

Ok! bertambah semangat pulak nak update blog ni hehee :) Ade tak ubat penyakit jatuh cinta?? xD okeyokey. Kite kembali ke cerita kite yeee..

Okey, pada suatu hari di saat suasana yang sunyi sepi hanya ditemani tv yang terpasang dan laptop di depann mata ni haaa. Semasa aku membuka laptop, akanku buka twitter terlebih dahulu. Eh korang jgn lupe follow taw. Link die ade disediakan. Hahaha sempat lagi *malu malu* Eh setakat ni bm aku okey kan? HAHA Ok! Then , aku tweet dengan asyraf faiz. Die ni boyfriend Marliyana. K dua2 ni sweet couple. Jelly tgk dorang xD Marliyana ade pernah cakap yang die jeles tgk aku bertweets dgn Acap Paiz.. Tapi mmg aku dah biase macam ni nak buat camne kan. Then Marliyana buka twitter die, pastu die menyampuk die cakap "eheemm , nak join :3" k macam tu laa. Then bla bla bla bla......

Marliyana merajuk ngan si Acap Paiz, k tahu salah saye :/ Tapi semuanye dah okey dah. Marliyana dah tak merajuk :) Taapiiiiiii *buat muka* dgn aku belom lagiii :( aku tak mintak maaf ngan die lagii ... hmmm :( Habis laa akuu , dah lah hot kot die kat skolah .. Takper2, nanti pegi sekolah besok , aku akan mintak maaf n pujuk die! K aku boleh!!! x) Ok! cayook fiezah untuk besok! hehe over pulak -..- K laa, SELAMAT BERBUKA PUASA. Assalamulaikum.

Post ini tiada tajuk x) Lalala ~


Hi Assalamualaikum. Harini sebenarnye malas nak update status, tapi mood hari ni bosan semacam jee saya nak cite something kat korang ni. Hhaha cite ape lagikan selain cite pasal aku. Kahkah xD. Ok begini kesahnye.............

Ok pagi2 dekat sekolah macam biaselah BELAJAR. K bosan belajar :/ Tapi nak buat macam mane kan, kite kenelah belajar kalo nak pandai :) Ok kemudiannye bla bla bla bla bla bla then bla bla bla and bla bla bla dan akhir sekali bla bla bla bla. Hahaha k xD My bf suruh si Aishah tanye dekat aku *ceh aku* haha. K sambung, tanye dekat aku yang aku ni marah die ke? Yaaaa aku pon jawab laa "mane ade laa, cume malas nak layan" Hahaha aku fikir kau tak peduli dah pasal semua ni, rupenye ade lagi dalam kepala kau yee?? :P Then Aishah suruh aku tulis kat facebook jawapan die. Malas aku nak tulis :P 

Hmm yelaaa, sape suruh orang tu tak tegur kitekan.... Tegor kawan kite jeee... Kalau boleh, fikirlaa sendiri kenape aku marah kat kau... Sepatutnye kau tahu ape kesilapan kau yang sebenarnyee. *harap kau bace* :/ Okey laa di situu je cite aku. Harap korang enjoy laa ye. Hehehe. Motis update ni pon sebenarnyee tengah bosan. Hahaha k laa bye. Assalamualaikum.