Salam Merdeka Dari Saya!


Hai kawan kawan, saya ipin dan ini adik saya upin! Betul betul betul! Hari jumaat nanti tak silap kiteorang akan cuti. Ahh bestnyee tak terkata :D Hehehe. Fiezah nak ceritakan sedikit tentang kemerdekaan kita nih. Fiezah ingat sikit sikit saja, harap korang bangge lah ye dengan ape yang fiezah ingin katakan nih? :D

PADA 31 Ogos 1957: Laungan Merdeka! Merdeka! berkumandang di Stadium Merdeka,  yang dilafazkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan semua raja-raja Melayu, wakil kerajaan British, wakil negara asing dan rakyat yang memenuhi stadium itu. Kemerdekaan itu amat manis dirasakan kerana kita mendapat kemerdekaan secara rundingan dan diplomasi, tanpa peperangan dan pertumpahan darah. Banyak negara lain terpaksa merdeka dengan jalan peperangan hingga bertahun-tahun. Kita merdeka secara aman! Selepas merdeka, kerajaan berjaya melaksanakan pelbagai langkah kemajuan ekonomi dan sosial. Kita berjaya meninggalkan jauh negara-negara yang merdeka pada tahun 1950-an itu. Kebijaksanaan pemimpin negara silih berganti telah mencorakkan kemajuan pesat kita dalam pelbagai bidang. Keupayaan kita mengekalkan keamanan walaupun mempunyai penduduk berbilang kaum perlu kita banggakan. Masyarakat majmuk yang kita miliki dapat mengekalkan keharmonian dan toleransi hingga ke hari ini. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan kedamaian dan kestabilan negara, bersama-samalah kita membina Malaysia di bawah slogan 1Malaysia seperti yang  disaran oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak. Jadikan tarikh keramat 31 Ogos ini untuk kita jayakan agenda negara ke arah masa depan negara yang  cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhir kata, Salam Merdeka untuk semua. Kibarkan Jalur Gemilang anda sekarang! :D Assalamualaikum.

No comments: