Chong Wei: 'Tiada Siapa Tahu Penderitaan Lawan Lin Dan


“SAYA minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua,” kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.
Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata, tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.
“Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih,” katanya.
Beliau berkata, dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.
“Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.
“Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A,” katanya.
Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.
Mengenai perlawanan menentang Lin Dan hari ini, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.
“Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya.
Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya,” kata Chong Wei.
Beliau berkata, Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.
“Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti ‘hampir mencapai puncak Everest’.
“Dia bermain amat baik dan telah mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik,” katanya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata, kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.
“Chong Wei telah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik,” katanya. 
Walau apeape pon DLCW kami tetap bangga dengan anda sebab telah menaik nama negara kite :) I'm proud with you :) Jangan putus asa DLCW ! Aku pun turut menangis melihat kau menitiskan air mata :')  Huhuhu  . DLCW I LOVE YOU !! Dont give up , teruskan usaha anda okay? :)
 SUMBER

Lukisan for PBS 2012 ^^


Hey3, cantik tak lukisan tuh? cantik tak? cantik tak? Haaa tak cantik? Hmmm k kejamnyee korang :( Penat je aku buat bende ni. Hmm. Yang kata cantik tuh, thanks a lot :) Eh cantik yang mane ni? Orang tu ke atau lukisan tuh? HAHA k perasan pulak aku nih -..- xD Of course lah korang kate yang lukisan tuhh kan? Tahu dahh ^^ hehe

Sebenarnye, lukisan ni bukan saje2 je nak buat. Heh aku takkan buat suatu keje saje2 okey, mesti ade sebab. Lukisan ni for my PBS seni. Sekarang ni kiteorang dah takde periksa, kiteorang just ade PBS jee. PBS ni pon kene buat betol2 taw sebab markah ni die akan ambil sampai form 3 nanti. Soo aku buat la betol2. Sebenarnye nak buat secantik, cantik, cantik, cantik yang boleh tapi takdoo ideaa lorh. Ni je yang ade kat dalam kepala aku ni. Tapi bile habis buat bende ni tetibe pulak idea datang melambak -..- Sengal jee. Anyway, aku bukan buat sorang2, aku telah ditolong oleh my sister yang cantik, comel, baik, kreatif lagi pandai *jgn puji byk2, nanti kembang* xD Terima kasih lah to my sister yaaa! Semoga jasamu di balas juaaa! Muaahh :* Ade banyak lagi kerje PBS yang aku kene buat nanti. Buat mase sekarang buatlah yang senang dulukan. hehe. Nak hantar hari Selase minggu depan. Harap2 sempat aku siapkan. Hey korang, doakan aku taw supaya dapat BAND 6 dalam semua mata pelajaran :) thankss :) Korang mesti tak tahukan ape tuh PBS? Nanti2 je laaa aku bagitahu yee. Sekarang ni pon dah malam, i want to sleep. Esok cuti sekolah sebab ade NUZUK AL-QURAN <3 Berbuatlah banyak ibadah kay? :> Assalamualaikum