Kepada peminat Oppa Gangnam Style


Assalamualaikum.

Ini haa, cek nak habaq sikit nih kat peminat peminat si gangnam gangnam gangnam nih. Haaa cek dah besarkan gambar nih sebesar besar yang boleh. (padahal x bsr pon) Hang bace elok elok yeee. Jangan pulak buat tak tahu ibarat mencurah air ke daun keladi. Ini nasihat dari ustaz Azhar Idrus. Sape tak kenal die nih kan, semua kenal dia nih. Nasihat die, ceramah die semua bagus-bagus. So dengar elok-elok. Dan lepas nih takde dah nyanyian OPPA GANGNAM STYLE. Tak de lagi terlombat sini, terlombat sana. Dan macam2 lagi lah gaya die. Sebenarnye saya pon minat jugak, tapi tak terlebih. Macam sikit sikit lah. Dan lepas bace bende nih, terus lupakan. Nih ambek dari facebook. Scroll lagi lagi sebab tgh bocan time tuh then ternampak lah bende nih. Then update lah kat blog supaya mesej nih akan tersebar dan jadi panduan kepada manusia. Dan kepada peminat setia die nih, silalah korang lupakannnn segala galanya. Apeape pon, sebelom minat sesuatu, ambek tahu dulu ape sebenarnye die. Sekian dari saya, Assalamualaikum.

Tak datang sekolah, harini balik kampung, dan selamat menyambut hari kemerdekaan. Fuhhh panjang pulak tajuk post harini.


Assalamualaikum.

Gambar atas tuh fiezah, ade percaya tak? tak percaya? sikit pon takde ke? Ok takper. Hhuhu baru nak berangan. Korang ni kan. Hahaha xD Over pulak daaa -..- Hari 31 Ogos 2012, hari kita merdekaaa! Saya anak malaysia, saya anak malaysiaaaa.. *nyanyi skejap* >_< Semalam ingat2 nak tidur 12 lebih sebab nak dengar bunga api tapi last-last tertidor pulak.. Tak dapat den nak dengar huhu. Apeape pon selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke55 yee :) Ape slogan kemerdekaan tahun nih ek? Fiezah lupaa lah -..- Ok takper2 nanti fiezah search kat goooogle. hehe. Fiezah tak sekolah dah dua hari dah sebab tak berapa sihat lah bukannye sengaja ye. Mase tak pergi sekolah, tak sangke ade orang yang rindu kat kita nih. Terharu rasanya :') Hari ni alhamdulillah dah pulih sikit, sebab tuh dapat update blog nih, muehehe xD Sekerang pukul 1, sepatutnye kene kemas baju nih sebab nak balik KAMPUNG!! dah lame tak balik sane, rindu pulak lahaiii. Mase raya x balik sebab keluarga fiezah raya kat sini2 jeee. Kat sane mesti dah tak ramai manusia sebab semua dah balik rumah masing masing. Tapi okey jugak sebab dapat rasa macam rumah sendiri.. haha. Err okaylah, my mom, my dad n my sister dah marah sebab tak masuk kan baju dalam beg lagi nih. haha. And anyway, xde benda nak cakap hari ni. Apeape selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 and have a nice day yaaaa! :) Assalamualaikum.

Salam Merdeka Dari Saya!


Hai kawan kawan, saya ipin dan ini adik saya upin! Betul betul betul! Hari jumaat nanti tak silap kiteorang akan cuti. Ahh bestnyee tak terkata :D Hehehe. Fiezah nak ceritakan sedikit tentang kemerdekaan kita nih. Fiezah ingat sikit sikit saja, harap korang bangge lah ye dengan ape yang fiezah ingin katakan nih? :D

PADA 31 Ogos 1957: Laungan Merdeka! Merdeka! berkumandang di Stadium Merdeka,  yang dilafazkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan semua raja-raja Melayu, wakil kerajaan British, wakil negara asing dan rakyat yang memenuhi stadium itu. Kemerdekaan itu amat manis dirasakan kerana kita mendapat kemerdekaan secara rundingan dan diplomasi, tanpa peperangan dan pertumpahan darah. Banyak negara lain terpaksa merdeka dengan jalan peperangan hingga bertahun-tahun. Kita merdeka secara aman! Selepas merdeka, kerajaan berjaya melaksanakan pelbagai langkah kemajuan ekonomi dan sosial. Kita berjaya meninggalkan jauh negara-negara yang merdeka pada tahun 1950-an itu. Kebijaksanaan pemimpin negara silih berganti telah mencorakkan kemajuan pesat kita dalam pelbagai bidang. Keupayaan kita mengekalkan keamanan walaupun mempunyai penduduk berbilang kaum perlu kita banggakan. Masyarakat majmuk yang kita miliki dapat mengekalkan keharmonian dan toleransi hingga ke hari ini. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan kedamaian dan kestabilan negara, bersama-samalah kita membina Malaysia di bawah slogan 1Malaysia seperti yang  disaran oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak. Jadikan tarikh keramat 31 Ogos ini untuk kita jayakan agenda negara ke arah masa depan negara yang  cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhir kata, Salam Merdeka untuk semua. Kibarkan Jalur Gemilang anda sekarang! :D Assalamualaikum.