My Love Sister


Hey3, tengoklah gambar atas nih. Tudung oren tuh sayaa and tudung biru tuh kakak saya ^^ Sorry saya posing MENGGEDIK. Ngeeeee~ Automatik kot posing camtuh :3 Ingat lagi taw padahal pic nih dah lame kalau tak silap, mase fiezah tahun 6 kot. Haaa lame jugak tuh kan? :p Sebenarnye tak tahu nak update post ape harini sebab takde cerita yang best. Then teringatlah kakak fiezah nih. Then update pasal die. Then inilah pasal die. Eh prasan tak fiezah asek sebok then je? Hewhewhew :3 Fiezah tulis biodata die di sini yaaaa ^^

  • NAMA : Badariah binti Suhaimi
  • UMUR : 19 Tahun . Haaa yang tetibe terpikat ngan kakak fiezah nih jangan sesekali ngorat die eaa :p 
  • STATUS : Heheheheheheh IN A RELATIONSHIP wooo ~ Pakwe dia hensem gileee tapi tak rapat sangat ngan pakwe die just rapat kat facebook je. But dia seorang yang baiklah bagi fiezah. Tapi fiezah lagi suke pakwe kakak fiezah yang DULU :3 Jap nih haaa gamabr pakwe die, hensem kann? 

Hahaha hensemkan? sebab tulaaa kakak fiezah terpikat. Kepada gadis2 yang cantik2 kat luar sane jangan jeles yaaaa xD Eh lupe nak cakap, tengok gambar tuh, macam model right? Hhihi die pernah jadi modellll :p

  • STUDY : Dia belajar dekat.. Alaaa lupelaaaa.. Haaaa die belajar kat IKM Kedah. Baru teringat, hehe. tahukan kat mane? Kalau tak tahu tuh buat2 lah tahu eaaaa x)
  • HOBI : Dia fiezah rasa suka melukis kot. Tak pon suka buat design apeape jelaaa. Lupeee -..-
  • CITA-CITA : Dia teringin nak jadi DESIGNERS. Yang IKM tuh pon maybe die ambek bahagin nih kot. Eh entahlaaaa. 
Okey fiezah rindu die sangat2. Die sekarang ade dekat IKM. 16 haribulan nih die kate nak balik sini. Alangkah indahnya dunia nih. Hahaha. Tak sabar nak tunggu die balik, tak sabar nak tengok berubahan die, tak sabar jugak nak beraya same-same dengan die :) Nak tahu tak, dia nih lah kakak yang paling fiezah rapat kot. SAYANG KAKTEH <3 Yang lain bukan tak rapat, bukan tak sayang, tapi cume entahlaaaa, rase macam gitu-gitu jeee. Hehehe. Okeylah sampai di sini sahaja :) Assalamualaikum.

Kejam! Gambar Bayi Dipanggang Dan Dibakar

Zaman Jahiliyah dahulu, orang Arab bunuh bayi perempuan hidup2 bukan kerana mereka malu atau tidak sayang tetapi mereka tidak sanggup melihat anak perempuan mereka dirogol depan mata mereka apabila besar nanti. Jadi, demi maruah anak dara mereka tercalar biar mati dari kecil.


Sebaliknya zaman moden yang konon bertamadun hari ini, tanpa buang bayi tidak kira lelaki perempuan tanpa belas, rasa sayang dek kerana berzina dan lahir anak hasil perhubungan yang haram. Inilah malang yang menimpa si kecil yang tidak berdosa sama sekali ini.


Si bayi kecil inilah antara golongan yang dijamin Allah SWT ahli syurga dan pemberi Syafaat. Adakah kita akan diberi syafaat mereka jika kita yang bunuh mereka? Kembalilah kepada ajaran Islam, jauhilah budaya cinta tanpa batas agama, jauhilah mendedah aurat di khalayak dan jauhilah pergaulan bebas yang akhirnya akan menarik manusia ke dalam lembah perzinaan.

Marilah kita semua Berusaha menegakkan Syariat Islam agar segala kerumitan jenayah yang kian merbahaya ini dapat dibendung dengan keadilan Islam. Wallahualam.
Hmm takde hati perut betullah korang nih . Bayi tuh tak berdosa pon . Kenapalah korang kejam sangat nak buang bayi nih ? Kalau taknak bayi nih pergilah bawak die kat rumah anak yatim ke , ape ke , nih buang , bakar . Lebih baik kasi aku , kakak aku suke bayi . Hmm . Tak kesian ke tengok die yang masih kecik tak dapat nak tengok dunia nih korang dah seksa dorang camtuh , tak kesian ke ? Sape suruh korang buat maksiat ? Kalau dari dulu korang taknak bayi , janganlah buat maksiat . Kalau nak buat maksiat , kau pergilah kahwin cepat sane *kahkah* Elok lagi kalau korang kahwin cepat , nanti terhindar daripada maksiat , haaaa ! Sampai sini je laaa aku berceramah . Hahaha . Tak gune kalau ceramah panjang2 tapi orang kat luar masih lagi tak insaf . Bagai mencurah air ke daun keladi . Fikir2lah dan renungkan lah . Assalamualaikum .

Chong Wei: 'Tiada Siapa Tahu Penderitaan Lawan Lin Dan


“SAYA minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua,” kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.
Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata, tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.
“Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih,” katanya.
Beliau berkata, dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.
“Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.
“Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A,” katanya.
Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.
Mengenai perlawanan menentang Lin Dan hari ini, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.
“Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya.
Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya,” kata Chong Wei.
Beliau berkata, Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.
“Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti ‘hampir mencapai puncak Everest’.
“Dia bermain amat baik dan telah mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik,” katanya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata, kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.
“Chong Wei telah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik,” katanya. 
Walau apeape pon DLCW kami tetap bangga dengan anda sebab telah menaik nama negara kite :) I'm proud with you :) Jangan putus asa DLCW ! Aku pun turut menangis melihat kau menitiskan air mata :')  Huhuhu  . DLCW I LOVE YOU !! Dont give up , teruskan usaha anda okay? :)
 SUMBER