Still lagi boleh relax.


Assalamualaikum dan hai semua !

Huuuaaaaaa !! Peperiksaan akhir tahun dah nak dekat nihh but iteww tak usik langsung buku dan still lagi boleh relax relaxnih. Acaneee lah tu kan? Nak gagal ke cik adik ooiii? Selalu je cakap, alaaa awal lagi jangan lah risau sangat, tapi dalam hati haaaaaa hanya Allah je yang tahu tawww. Malas lah sebenarnye nak bace buku nih. Serius malas ! Emmm jadual peperiksaan tak dapat lagi tapi cikgu kata minggu depan :O

Risau laaaaa, harap2 lah lulus. Lepas nih nak bace buku aaa, nak belajar betol. Kalau tak belajar betol betol..... mungkin akan di turunkan kelas.... :( Itewww taknak terpisah dengan kawan kawan itewww. Iteww sayang dorang. CEH. Ehhh kata je nak lulus kan? Kata jee taknak turun kelas. Kata jee nak belajar elok elok but STILL LAGI BOLEH MAIN LAPTOP -__________________- Heyyy podaaaaahhhh !! Tapi kan, kalau tak online sehari tahu tak iteww rase ape? Itewww rase macam macam... aaaaa takde pape pon sebenarnye yang nak dicakapkan. Hahaha okay tak lawak.

Okay cool fiezah, cool !! Sudah lah, itewww nak pergi kapur kasut dan gosok baju sebab besok SEKOLAHHH !! AaaaHHHH tak suke tak suke -__- !!! Okey lah byeee, Assalamualaikummm !

PBS always make me crazyy !!


Assalamualaikum semua !

Haih aku ingat senang sangatlah PBS ni, rupe rupenye, PERGHHH !! Ade jugak yang boleh buatkan aku sakit hati nih. Kalau yang senang tuh alaaaa petik jari je boleh haaa. Yang susah nih terpaksa lah aku buat dosa sikit dengan curi curi tengok buku. Okay nak dapatkan band 6 punya pasal. Tak suka AAAHHH!!

Ade lah sikit yang senang dan ade jugak cikgu yang berhati mulia dan cikgu yang tak berhati perut langsung! Astaghfiruallahalazim !!! Matematik, sejarah, sains. Ni laa antare mata pelajaran yang paling aku benci kalau nak buat PBS ni. Math ni no komen aaaaaa! Sejarah cikgu ni suke sangat membebel2. Sains aku suka but yang jadi masalahnya sains lagi mencabarr!! Kne bina projeklah, buat folia lah. Lahaaiii kenapeee lah kalau jadi dewasa kene camni?? Rase macam nak pergi sekolah rendah balik je nih. Lagi aman dan makkmur. 

Semua cikgu tak garang beb, ade jugak cikgu yang baik hatii gila gila sampai kiteorang main pon die tak marah pon kecuali die takde moood or mood die tak brape baik. Aku syukur je ape yang aku jalani sekarang nih. Mungkin ade hikmah disabaliknya *ceeeh* Hahaha okeylah, nak pergi buat PBS nih !! PBS sains leee ape lagi kan. Okey bye Assalamualaikum semua ! :)

DAHSYAT! - KEMALANGAN DAHSYAT DI AYER KEROH 3 LORI, 2 KERETA DAN 4 MOTO (10 GAMBAR)

Assalamualaikum semua !

Ni haa nak share gambar pasal kemalangan yang berlaku kat ayer keruh petang semalam yang melibatkan 2 kereta, 3 lori dan 4 motor. Setakat ini merahut 5 nyawa. 











Dasyatttnyee !! lori tersebut lanyak 4 biji moto berapa kereta dan juga beberapa lori. Agaknye lori tersebut laju sangat atau terlalu laju dan hilang kawalan kot sehingga terbabas dan melanggar pemandu yang menunggu kat trafik tersebut. Takziah di ucapkan... Seram sihh tengok gambar die.. wuuu...

Diana Amir Sah Bertunang, Tahniah!


Assalamualaikum. Hye semua !
Harini nak cerita psal diana amir yang sah bertunang! Hehehehee

Kalau sudah namanya selebriti, perkara baik sebegini walau tidak mahu dihebahkan pasti akan sampai jugak ke telinga peminat.

Dalam program hiburan di TV9 jumaat yang lalu, Diana Amir telah mengesah status beliau yang kini sudah berggelar tunagan orang & lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz.

Update 1 : Pandai pandai je tulis 'ustaz'. Tunang diana amir ini bernama Mohd Habib Bullah merupakan seorang pensyarah di UiTM Merbok Kedah (Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi).

Melaluii laporan eksklusif Galaksi, terpapar gambar Diana Amir & tunang beliau seorang ustaz yang pada kini cukup tampan sedang memotong kek bersama. Ah sangat romantis okayyy.

Namun laporan tidak meyebut nama tunag Diana Amir mahu pon tempoh pertunangan mereka sebelom pasangan ini bakal disatukan dengan ikatan yag sah.

Diana Amir turut memberitahu yang majlis tunang ini sengaja beliau senyapkan & akan memberitahu kepada umum apabila mereka mempunyai tarikh untuk berkahwin nanti.

Tahniah buat Diana Amir & oasangan. Semoga jejaka tampan ini merupakan imam yang dicari Diana Amir selama ini. Kahwin, jangan lupa lah jemput saye disini. Heh -..-


Kenapa Burung tidak hinggap di atas Kaabah?


Pada siang hari Kaabah akan nampak kecil & rendah pada malam hari ia seolah besar & tinggi. Itulah kuasa Tuhan, power of God. Burung2 tidak akan terbang atas Kaabah. Buruung pun tahu kehebatan Kaabah. Dab mat salleh pon not deny thus fact, why? READ THIS FROM "BELIEVE IT OR NOT" BOOK!!

Terdapat banyak burung bertebangan mengelilingi kaabah seolah olah penjaga kepada kaabah tersebut. Persoalannyan, kenape burung tersebut tak hingap di atas kaabah dan hanya mengelilingi kaabah sahaja? Tidak seperti burung lain yang hingao didahan pokok. MAHA KUASA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

P/s :
burung juga twaf mengelilingu kaabah sama seperti umat islam. Betapa agungnya Allah Yang Maha Esa. Allahuakbar. Subhanallah.

Mari lihat dunia baby comel :)

Assalamualaikum and hello :)

Alhamdulillah, Allah telah kurniakan baby perempuan yang comel untuk Munirah dan suaminye, azmi pada 7 hari bulan 9. Ini laa rezeki yang Allah bagi untuk kali kedua . Anak pertama meninggal dunia hmm . Name die Nur Aliah Humaira . Cantik seperti die jugak . Seronok jee bile dapat baby camni . Die masih dalam pantang lagi . Bile dah habis pantang , barulah dapat main main ngan dia . Sekarang ni boleh cium cium jee. Huhuhu . Takper2 , bersabar fiezah bersabar ... Setiap pagi dapat tengok muka die yang comel tuuuu . Geram aaaa ! Rase macam nak cubit2 jee pipi die tuh .. Time die tidor memang tak dapat lah nak tengok muka comel die tuh , tapi bile die terjage ... Waaaaa comel gileeee . Seriusly fiezah cakap ... Hehehe . Baby nanti bile besar boleh panggil kitew Mak cuu or Busu taww. Ataupon nak panggil kitew mama? Hahahaa k gedik pulak .. Panggil apeape pon boleee , kitew tak kesah pon . Seronok laaa , terlampau seronok sebab dah lame sangat ni nak babyyy . Nak adikk , tapi xde rezeki nak buat camne kann . Anak buah pon boleyy laaa. Huhuhu. Dengar tak ?? Eh mestilaaa tak dengar kan sebab dalam laptop -..- hehe fiezah dengar bay menagisss huhuhu. Lame tak dengar baby menangis .. Heeee okeylaa malas laa nak taip panjang2 ni . Hehehe okey laaa bye Assalamulaikum :)

Gambar babyy . Nur Aliah Humaira .



10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



Assalamualaikum.
Alololoooo, sweeet je gambar kat atas tuh. Jeles pulak tengok lama-lama dari tadi. Alangkah indahnya kalau dapat jodoh yang macam ni :) Sape yang taknak kan? Semua oraaang nak jodoh yang terbaik untuk diri dia. Macam sayaaa :)

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Sudah bace semuanye? Adakah korang ade petanda yang sama macam kat atas tuh? Kalau ade baguslah! Untunglah kan? Hihi. Yang takde bukan bermakne die BUKAN jodoh kita, malahan mungkin dielah yang terbaik untuk kita. Jadi bijaklah memilih pasangan masing-masing okay? :)

Kredit: PenPatah!

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !


Assalamualaikum !

Menarik menarikSiapa nak tambah rakan blogger? Mari join segmen ini !
*Tekan banner untuk join* :)

KOLAM AWET MUDA JADI TUMPUAN ORANG RAMAI


Assalamualaikum.

harini nk tulis tentang mandi di kolam menjadi awet muda??? eeee biar betol?? tak percayalah aku. Tapi cerita ni memang menarik bagi fiezah tapi bagi korang i dont know o_O...........
Ribuan pengunjung membanjiri Kolam Banyu Biru, Pasuruan yang airnya dikatakan mempunyai khasiat awet muda.
KOLAM AWET MUDA JADI TUMPUAN ORANG RAMAI | PASURUAN, Jawan Timur. Beribu-ribu pengunjung membanjiri Kolam Banyu Biru di Winongan di sini pada setiap kali cuti Hari Raya Aidilfitri kerana airnya dikatakan mempunyai khasiat awet muda.

Malah, jumlah pengunjung mampu mencecah sehingga 5,000 orang pada satu satu masa.. huhu. banyak betollah sampaii desa water park pon kalah. Kalah ker? o_O

Koordinator Kolam Alam Banyu Biru, Djuma'adi berkata, pada tahun ini, kira kira 2 rinbu pengunjung termasuk dari luar wilayah pasuran datang ke tempat perkelahan itu pada hujung minggu lalu.

Katanya, berbanding tahun lalu, jumlah pengunung yang datang ke  kolam terbabiit meningkat tinggi pada tahun ini.

"Ekoran sambutan mengalakkan, pengelola Kolam Alam Banyu Biru menaikkan harga tiket masuk kepada 9 ribu rupiah. Kalau dalam malaysia maksudnya RM2.80. Waah, murah jugak tuh.  Sepanjang cuti aidilfitri berbanding 5 rupiah (rm1.60) pada hari biasa," katanya kepada beritajatim.com.

Difhamkan, jumlah pengunjung di kolam itu sentiasa meningkat setiap tahun kerana ramai yang percaya mereka akan menjadi awet muda sekiranya mandi di situ..
Fuhhh sape yang taknak jadi awet mudakan? Semua orang nak. Tapi cara ni betol ke? Huhuhu lupakan sajalah. Tak payahlah korang bersusah payah nak ke jawa nih... Korang pergi je beli produk2 yang boleh jadi awet muda.. kan senang tuh? Okey, sampai sini je ceritanya.. harap korang terhibur.. Assalamualaikum.

Kepada peminat Oppa Gangnam Style


Assalamualaikum.

Ini haa, cek nak habaq sikit nih kat peminat peminat si gangnam gangnam gangnam nih. Haaa cek dah besarkan gambar nih sebesar besar yang boleh. (padahal x bsr pon) Hang bace elok elok yeee. Jangan pulak buat tak tahu ibarat mencurah air ke daun keladi. Ini nasihat dari ustaz Azhar Idrus. Sape tak kenal die nih kan, semua kenal dia nih. Nasihat die, ceramah die semua bagus-bagus. So dengar elok-elok. Dan lepas nih takde dah nyanyian OPPA GANGNAM STYLE. Tak de lagi terlombat sini, terlombat sana. Dan macam2 lagi lah gaya die. Sebenarnye saya pon minat jugak, tapi tak terlebih. Macam sikit sikit lah. Dan lepas bace bende nih, terus lupakan. Nih ambek dari facebook. Scroll lagi lagi sebab tgh bocan time tuh then ternampak lah bende nih. Then update lah kat blog supaya mesej nih akan tersebar dan jadi panduan kepada manusia. Dan kepada peminat setia die nih, silalah korang lupakannnn segala galanya. Apeape pon, sebelom minat sesuatu, ambek tahu dulu ape sebenarnye die. Sekian dari saya, Assalamualaikum.